Bukan seorang tetapi ramai yang menghadapinya... Perjanjian pembayaran bil letrik perlu dilakukan mulai bulan ini, dan pembayaran perlu dibuat sejumlah $200 setiap bulan kepada yang mempunyai tunggakan.
Hawa menganggap mungkin kerana sendiri terpaksa menanggung segalanya kekadang ada bil yang terpaksa ditangguhkan untuk cover bil yang lain... bukan hutang carpet dengan pakistan bukan hutang gelang emas, bukan hutang kosmetik tetapi hutang yang dihadapi adalah keperluan asas setiap seseorang yang bernyawa, air, elektrik, rumah, makanan dan yang turut penting ialah kenderaan.
Rupanya ramai dikalangan masyarakat yang Hawa dapat lihat dengan mata kepala sendiri juga mengalami masalah yang sama tunggakan! Apakah sebab di sebaliknya agaknya??
Tak hairanlah bagi mereka yang bergaji kecil... tapi ada juga di kalangan mereka yang bergaji besar, berumah besar, berkereta besar. Turut dalam barisan menunggu giliran untuk membuat perjanjian yang sama.
Pelik tetapi benar. Entahlah apakah yang sedang berlaku. Hawa merasakan ada yang tidak kena sedang berlaku. Kenapa mesti berlakunya isu tunggakkan. Hawa Ingin sangat untuk berkongsi pandangan mengenainya.
Semakin rancak beberapa buah jabatan mengirimkan surat-surat untuk tuntutan pembayaran sejak bulan lalu, mungkin kerana sudah tertubuhnya jawatankuasa tunggakan seperti yang dikatakan oleh pegawai cukai pintu. Seperti satu tekanan dan kadang-kadang terasa seperti peras ugut kepada sebilangan masyarakat terutama yang tidak begitu berkemampuan.
perut tetap juga mahu diisikan setiap hari. tuntutan pembayaran umpama ombak mengejar pantai.. cukai pintu, bil letrik, bil air, telepon, rumah, kenderaan mun gaji ganya seribu tiada lagi untuk lebihnya untuk pengisi perut dan perbelanjaan sekolah anak-anak kepada mereka yang berpendapatan kecil umpamanya $1,000 ke atas. Yang hanya mengharapkan pendapatan daripada gaji di hujung bulan, nak berniaga, mana pula nak dapat modalnya...
Akhirnya.... apa pula yang perlu dilakukan.... Wallahuallam....
Thursday, May 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
Interesting suara hati.. Updates please!
Post a Comment