Bukan seorang tetapi ramai yang menghadapinya... Perjanjian pembayaran bil letrik perlu dilakukan mulai bulan ini, dan pembayaran perlu dibuat sejumlah $200 setiap bulan kepada yang mempunyai tunggakan.
Hawa menganggap mungkin kerana sendiri terpaksa menanggung segalanya kekadang ada bil yang terpaksa ditangguhkan untuk cover bil yang lain... bukan hutang carpet dengan pakistan bukan hutang gelang emas, bukan hutang kosmetik tetapi hutang yang dihadapi adalah keperluan asas setiap seseorang yang bernyawa, air, elektrik, rumah, makanan dan yang turut penting ialah kenderaan.
Rupanya ramai dikalangan masyarakat yang Hawa dapat lihat dengan mata kepala sendiri juga mengalami masalah yang sama tunggakan! Apakah sebab di sebaliknya agaknya??
Tak hairanlah bagi mereka yang bergaji kecil... tapi ada juga di kalangan mereka yang bergaji besar, berumah besar, berkereta besar. Turut dalam barisan menunggu giliran untuk membuat perjanjian yang sama.
Pelik tetapi benar. Entahlah apakah yang sedang berlaku. Hawa merasakan ada yang tidak kena sedang berlaku. Kenapa mesti berlakunya isu tunggakkan. Hawa Ingin sangat untuk berkongsi pandangan mengenainya.
Semakin rancak beberapa buah jabatan mengirimkan surat-surat untuk tuntutan pembayaran sejak bulan lalu, mungkin kerana sudah tertubuhnya jawatankuasa tunggakan seperti yang dikatakan oleh pegawai cukai pintu. Seperti satu tekanan dan kadang-kadang terasa seperti peras ugut kepada sebilangan masyarakat terutama yang tidak begitu berkemampuan.
perut tetap juga mahu diisikan setiap hari. tuntutan pembayaran umpama ombak mengejar pantai.. cukai pintu, bil letrik, bil air, telepon, rumah, kenderaan mun gaji ganya seribu tiada lagi untuk lebihnya untuk pengisi perut dan perbelanjaan sekolah anak-anak kepada mereka yang berpendapatan kecil umpamanya $1,000 ke atas. Yang hanya mengharapkan pendapatan daripada gaji di hujung bulan, nak berniaga, mana pula nak dapat modalnya...
Akhirnya.... apa pula yang perlu dilakukan.... Wallahuallam....
Thursday, May 8, 2008
Tuesday, May 6, 2008
cukai pintu
Hari ini dengan rasa terkilan sangat Hawa menemui pegawai di jabatan yang menagih tonggakan cukai pintu. Allah saja yang tahu betapa berat sangat untuk membuat pembayaran kerana sudahlah gaji yang kecil tanggungan terpaksa di biyai sendiri.
Bersuami tetapi tidak mempunyai pendapat kerana masalah yang tidak dapat dielakkan juga merupakan salah satu kategori menjadi ibu tunggal, bukanya hanya kematian suami atau diceraikan.
Menurut pegawai itu cukai pintu juga telah disubsidikan oleh Kerajaan separuh dan hanya dibayar oleh rakyat separuh untuk khidmat pengangkutan sampah. Setahun dibayar hanya $84.00.
Nampak kecil sangat jumlah itu, tetapi bayangkan jika bil disimpan oleh pihak jabatan sejak daripada tahun 2003 kita menerima surat itu pasti terperanjat besar, jumlahnya Ya Allah!!!
Hawa cuba menjelaskan keadaan sebenarnya, tetapi pegawai yang bertugas menjelaskan tidak ada peluang untuk mengelakkan diri daripada pembayaran, kerana pada masa ini sudah ditubuhkan satu jawatankuasa bagi tunggakan yang di bawah pimpina Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Dalam persidangan setiap bulan, jawatankuasa itu akan memeriksaan tagihan tunggakan daripada setiap jabatan yang mengalami tunggakan seperti air, elektrik, cukai, lesen perniagaan, bangunan dan sebagainya.
Hawa sempat bertanya apakah pegawai itu pernah turut bersidang sama dengan jawatankuasa itu, dia menjawab "ya".
Hawa pula bertanya lagi, pernahkah jawatankuasa memikirkan resolusi kenapa berlakunya tunggakan di kalangan rakyat negara ini.
Dia tidak dapat menjawab. Dia nampak seorang pegawai yang mempunyai peri kemanusiaan tetapi hanya di luar bidang kuasa beliau untuk menentukan segalanya, tetapi hanya menjalankan tugas dan mengaku mereka juga agak keberatan membuat kerja-kerja menagih itu memandangkan ramai masyarakat yang datang dengan masalah masing-masing sehingga mereka membawa slip gaji menunjukkan ketidak mampuan mereka dalam menanggung banyak pembayaran demi keharmonian dan keselesaan keluarga di negara yang kecil lagi kaya raya ini.
Sebelum giliran Hawa masuk menemui pegawai itu, tiga orang lagi yang membawa surat yang sama seperti yang ada pada Hawa, juga berhajat untuk berjumpa dan membuat perjanjian untuk pembayaran ansur setiap bulan.
Bertambah lagikan bil yang perlu di bayar...... Lain lagi bila pergi ke kedai perbezaan harga barang sudah melonjak naiknya termasuk maggie mee yang dulu hanya $1.45 kini sudah naik kepada $1.80.... MasyaAllah....

Subscribe to:
Posts (Atom)